Monday, 1 August 2011

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan RAmadhan:

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

jOm imaraHkan mAsjid…. ^_^

Niat Puasa, Doa Berbuka, Niat Solat Sunat Tarawih dan Niat Solat Sunat Witir

 Lafaz niat puasa Ramadhan

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa berbuka puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Lafaz niat solat sunat tarawih

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

Niat di hati: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Lafaz niat solat sunat witir dua rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Niat di hati: Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala
 

Niat solat sunat witir satu rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Niat di hati: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala

 

Sunday, 31 July 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya
selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi
tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah
sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai
kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
:Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan
keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan
perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,
maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun
perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian
engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala
meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai,
maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau
diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi
Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan
yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita samasama
menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini
menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan
menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat
dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada
diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia
mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam
jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama
dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun
percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar
hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila
bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual
kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


 Sumber Rujukan:-

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-
Qaisi, Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.


Diedarkan oleh: Biro Ilmiah Tadika & Taska Umiku Sayang, Rangkaian Tadika & Taski AsSofea & Tadika & Taska ArRashid
Laman Web Tadika: http://tadika.mytadika.com
Email: tadika.mytadika.com

Sunday, 3 July 2011

Rahasia Pertemuan Dua Laut

 

Allah Ta’ala berfirman: Dia membiarkan dua buah laut mengalir, kemudian keduanya bertemu; diantara keduanya ada batas yang tidak bisa dilampaui oleh masing-masingnya; maka nikmat Rabb-mu manakah yang kalian dustakan?; dari keduanya keluar mutiara dan marjan. (Q.S. Ar-Rahmaan)  

Maksudnya adalah bahwa kedua laut itu adalah asin. Sebab, ayat-ayat di atas berbicara tentang laut dan apa yang keluar dari salah satu laut berupa marjan dan dari laut lainnya lagi berupa mutiara. Laut yang pertama rasanya asin, demikian juga yang kedua. Dan kapan manusia mengetahui bahwa laut yang asin itu berbeda-beda, dan bukannya laut yang memiliki kandungan sama. Hal ini tidak diketahui oleh manusia kecuali setelah mereka memasuki tahun 1942. Pada tahun 1873 manusia mengetahui bahwa ada tempat tertentu di dalam laut yang kandungan airnya berbeda-beda. 

          Ketika para peselancar melakukan selancar dan mengelilingi lautan dunia selama 3 tahun dengan menggunakan kapal, maka ini menjadi tonggak pembatas antara ilmu kelautan kuno, penuh dengan khurafat, dengan penelitian mendalam yang didasarkan kepada penelaahan atas fakta laut tersebut. Dan ini merupakan awal dari gelombang kemajuan ilmu pengetahuan bahwa laut yang asin memiliki kandungan air yang berbeda-beda. Dan sudah pernah dilakukan penelitian dan evaluasi terhadap penelitian ini bahwa air laut berbeda-beda kadar panas, berat jenis (BJ air), kandungan oksigen.  

         Dan pada tahun 1942, muncul untuk yang pertama kalinya sebuah hasil penelitian yang sangat panjang. Penelitian ini dilakukan oleh ratusan para peneliti dasar laut, dan mereka menemukan bahwa samudera atlantik bukanlah laut yang hanya merupakan satu lautan, akan tetapi samudera atlantik ternyata terdiri atas beberapa laut yang masing-masing berbeda. Masing-masing peneliti menemukan perbedaan dari masing-masing air laut yang mereka temui. Air laut di sebelah sana memiliki keistimewaan dan karakteristik tersendiri, demikian juga air laut bagian lainnya; masing-masing berbeda kadar suhu, BJ air, oksigennya, semuanya bersatu dalam satu samudera, altlantik……  

          Apalagi dengan laut-laut lain yang berbeda dan kemudian bertemu, seperti laut tengah, laut merah, laut atlantik, dan seperti laut merah dan teluk ‘adn juga bertemu di satu tempat yang sempit. 
Maka pada tahun 1942, untuk pertama kalinya kita mengetahui ada satu laut yang masing-masing bagian laut tersebut memiliki perbedaan dalam kandungan dan sifat-sifatnya, dan bertemu pada satu tempat tertentu.  

          Pada pakar kelautan (oceanolog) mengatakan bahwa sifat yang paling kentara dari laut dan airnya adalah bahwa laut dan airnya tidak pernah tetap … tidak pernah tenang, dan hal yang paling terlihat adalah ia selalu bergerak, … panjangnya, dan lebarnya, dan gelombang airnya, arah pergerakannya adalah diantara faktor-faktor yang sangat banyak yang mempengaruhi keadaan air laut.  

          Dari sini ada satu pertanyaan: Bila memang demikian keadaannya, maka kenapa air-air yang berbeda itu tidak bercampur dan tidak menyatu (melebur) menjadi satu jenis?” maka mereka pun mempelajari, meneliti, dan menelahnya. Dan akhirnya pun mereka menemukan jawabannya, yaitu bahwa ada “dinding air pembatas” yang memisahkan setiap pertemuan dua laut dalam satu tempat, baik di dasar samudera atau pun di dalam palung (jurang di dalam lautan). Tempat inilah yang ternyata memisahkan antara laut yang satu dengan laut yang lainnya. Akhirnya mereka pun dapat mengetahui batas laut ini dan bagaimana karakteristiknya. Akan tetepi dengan apakah mereka bisa mengetahuinya ? Apakah dengan kedua mata kita …? Tidak, … akan tetapi dengan meneliti secara mendetail dan rinci terhadap kandungan kadar garam, kadar suhu, BJ air. Dan hal-hal inilah yang tidak bisa dilihat oleh mata telanjang .


Kuasa Allah - Pertemuan dua lautan

Tuesday, 14 June 2011

Perjalanan Yang Tak Dirancang....

Tiga orang sahabat seperti cerita bujang lapok; Ramlee, Sudin dan Ajis. Tapi ini bukan bujang lapok, ini bujang senang. Mengapa aku berkata seperti bujang lapok? Ini sebabnya, saiz badan kami seperti pelakon bujang lapok. Badan Hamid seperti Ramlee yang mempunyai tubuh badan yang besar, Sudin ialah Syafiq,badanya yang kurus dan Ajis adalah aku sendiri. Hahaha….

Hari itu hari Jumaat, 3 Jun 2011. Jam menandakan tepat pukul 3.30 petang. Hamid pergi mengambil kereta yang disewanya. Aku dengan Syafiq menunggu di luar kampus. Kami bermulanya merancang untuk mengambil “awek” Hamid di Matrikulasi Perak. Dia nak hantar aweknya ke Terminal Bas Gopeng. Hahaha… Jam menunjukkan pukul 3.45 petang, Hamid datang mengambil aku dengan Syafiq di kampus.

Sebelum bertolak ke Ipoh, aku mengajak Hamid singgah di Bandar U (Bank Islam) dulu sebab aku ingin menyelesaikan segala pembayaran pengajian dan kolej aku. So, kitaorang bergerak ke Bandar U. Perjalanan dari kampus ke Bandar U sebenarnya aku yang drive (saja nak bagi tahu). Haha… Aku drive pon saja nak belajar, bukan ad lessen pon, L saja. Tibanya kami di Bandar U, aku terus masuk bank and buat pembayaran. Agak lama juga, sebab ramai orang. Diaorang semua ada yang nak buat kad ATM dan pembayaran juga.

Jam sudah menunjukan pukul 4.30 petang, agak terlambat juga kami nak ke Gopeng. Tapi tak mengapa, kami teruskan perjalanan kami. Kami terus bergerak ke Matrikulasi Ipoh mengikut apa yang dirancang. Setelah tiba di sana, makwe Si Hamid ini pon telah menunggu kami sekian lama. Hamid menjemputnya dan kami terus gerak ke Terminal Bas Gopeng. Makwe Si Hamid ini ambil tiket jam 7.00 malam. Dia nak balik Selayang. So, kami terpaksa tunggu sampai bas tersebut bertolak.

Dalam masa itu juga fikiran kami terlintas untuk bermalam di rumah Syafiq. So, Syafiq pon bersetuju dan kami membuat keputusan untuk ke Taiping malam itu juga. Setelas bas bertolak, kami pon berangkat dari situ. Kami pulang ke kampus untuk mengambil pakaian kami dan mengurus diri seperti mandi, solat dan buat lah apa-apa yang patut sebelum bertolak. Hehe… Kami tiba di kampus kira–kira jam 8.45 malam. Jadi, aku setkan masa pukul 9.30 malam kita keluar tapi, biasa lar kan orang melayu.

Jam menandakan pukul 9.45 malam. Kami pon keluar kampus dengan membawa pakaian masing-masing. Lebih kurang pukul 10.00 malam kami pon terus bertolak ke Taiping. Perjalanan kami lancar Cuma laluan kami itu agak sunyi sebab itu jalan kampong. Lampu jalan pon tak ada. Kiri kanan kami dipenuhi pokok-pokok kelapa sawit dan jalannya seperti ular kena palu. Hehehe… Tapi Alhamdulillah kami selamat. Perjalanan dari  Seri Iskandar ke Taiping di pandu oleh Hamid.

Kami tiba di rumah Syafiq lebih kurang pukul 12.00 pagi. Kami disambut oleh family Syafiq dengan hati yang terbuka. Aku dengan Hamid segan silu sebab tengah-tengah malam buta datang rumah orang. Tapi setelah dijemput masuk kami pon masuklah. Tunggu apa lagikan. Kami kemaskan diri sebelum tidur. Tempat tidur pon telah disediakan. Terima kasih kepada Pakcik Zainal iaitu ayah Syafiq sebab sediakan tempat untuk kami bermalam. Sebelum tidur kami merancang untuk aktiviti esok pagi. Setelah merancang, kami pon terus tidur keletihan.

Kami merancang mulanya mahu keluar rumah pukul 8.00 , 9.00 pagi tapi itu hanya rancangan kami, tuhan yang menetukan segala-galanya. Jam tepat pukul 10.00 pagi, aku baru terjaga dari tidur. Hahaha, Hamid dan Syafiq masih lagi dibuai mimpi. Setelah beberapa minit selepas itu, mereka pon terjaga dari tidur. Kami dipanggil untuk sarapan. Sebelum sarapan kami siapkan diri dulu. Kami disediakan roti canai dan pisang goreng. Dah lama x makan roti canai. Haha, terima kasih kepada parents Syafiq sebab sediakan sarapan untuk kami.

Jam telah menenjukkann pukul 10.45 pagi. So, kami pon mulakan aktiviti kami. Kami menuju ke kenderaan dan terus pergi. Kenderaan tersebut dipandu oleh Hamid. Destinasi kami adalah ke swimming pool yang berada berdekatan dengan Bukit Larut. Bayaran masuk adalah RM2 seorang. Kami tak fikir apa lagi kerana terlalu exited terus membayar dan masuk ke dalam. Kami salin pakaian kami dan terus terjun ke dalam kolam. Hahaha!! 



Setelah sejam berkubang di dalam kolam kami pon membuat keputusan untuk beredar dari situ. Jam pon telah menenjukkan lebih kurang pukul 12.00 t/hari, kami pon bersihkan diri dan tukar pakaian. Setelah itu kami pon keluar dari pintu swimming pool dan menuju ke kereta. Destinasi kami seterusnya adalah ke Taiping Sentral. Sepanjang Perjalan di Taiping dipandu oleh aku yang  hanya ingin belajar. Hehehe.

Kami pergi Taiping Sentral mulanya hanya nak mencuci mata saja. Saja nak survey harga. Hahaha, daripada kami berjalan-jalan melihat barang, tetiba terlintas difikiran aku untuk berkaraoke. Aku pon mengajak Hamid dan Syafiq untuk berkaraoke. Jadi, diaorang pon setuju. Hahaha. Kami membayar 2 ringgit seorang untuk 2 lagu setiap seorang. First lagu aku yang nyanyi. Hahaha, mengarut, rosak lagu tersebut. Seterusnya Syafiq and last Hamid. Lagu yang dipilih aku adalah: Terharu – Jamal Abdillah dan Pesanan Buat Kekasih – Spring; Syafiq: Cinta Ini Membunuhku – D’masive Dan Butakah Cinta – Spring; Hamid: Tragedy Oktober – Awie Dan Sampai Hati – Spring. Semuanya berjalan dengan lancar. Nyanyian kami like a superstar. Hahahaha!!!!


         Setelah beberapa minit melalak kami pon pulang. Kami menuju ke rumah Syafiq untuk mengemas barang dan bersiap untuk pulang ke Seri Iskandar. Di rumah Syafiq, kami solat zohor dahulu sebelum bertolak. Sebelum kami keluar, kami besalaman dengan ayah Syafiq dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menumpangkan kami untuk bermalam. Sesudah itu. Kami pon pulang ke Seri Iskandar. Perjalanan kami lancar dan tiada apa – apa yang berlaku. Alhamdulillah.

       Ini sahaja cerita perjalanan kami. Minta maaf jika cerita ini membosankan. Akhir sekali terima kasih kepada Pak cik Zainal dan sekeluarga kerana melayan kami dengan baik sekali dan terima kasih juga kepada rakan – rakan seperjuangan aku iaitu Syafiq Dan Hamid. Sekian….=’)

Saturday, 14 May 2011

Alor Setar?? Agak very nice….

Nak start dari mana?... Okey, kita start dari keluar rumah. Hari ini hari Sabtu bertarikh 7 May 2011. Aku keluar rumah lebih kurang dalam pukul 2.15 petang. Aku pergi ke rumah Fazran dahulu. Nak scan gambar passport. Bukan itu sahaja,aku ajak dia sekali ikut aku sebenarnya. Hehehe~ 

Kami nak pergi Alor Setar. Saja nak berjalan tak ada kerja. Lepas itu tiba-tiba Fazran britahu yang Faris nak ikut. So, kami pergi ke rumah Faris dahulu untuk menjemputnya. Kami sampai rumah Faris dalam pukul 3.30 petang. Tiba-tiba tekak aku dahaga, maklumlah cuaca panas sekarangkan, aku ajak dia pergi makan ais kacang dahulu. So, dia bawa kami pergi tempat yang dia selalu pergi. Ais kacang di situ agak very nice, harga pon nice juga, 9 ringgit sahaja untuk 3 mangkuk. Murah sajakan? Hahaha~ 

 Sambil makan-makan kami bincang nak pergi jalan mana, aku punya plan first, nak pergi menara. Lapas itu stadium and last sekali Masjid Zahir nak solat asar, plan aku hanya sekadar pelan saja, satu pun tak jadi. Hahaha~. Tapi tak mengapa, semua tempat yang aku plan itu akhirnya sampai juga kecuali Masjid Zahir di tukar kepada Masjid Al-Bukhary. Hehehe~ 

Bermulalah perjalanan kami yang pertama. First sekali kiami pergi lawatan tapak project kami,hahahah~. Nak buat Tesco baru. Kawasan itu memang kawasan komersial, sebab di situ semua bangunan rumah kedai. View di situ agak very nice. Kawasan sawah padi yang msih hijau lagi. Hahaha~ 


Lepas itu kami teruskan perjalanan kami ke masjid, nak solat asar. kami pergi Masjid Al-Bukhary, masjid itu memang very nice. Hahaha~. Architecture dia pun very nice, memang “terbaik dari ladang”. Tak percaya lihat gambar bawah ini : 


Lepas solat asar kami terus berangkat menuju ke stadium. Fazran kata ad expo. Expo Hari Penyayang kalau tak silap aku. Di expo pon agak very nice, yang bestnya dapat tengok drift “terbaik!!!” Hahaha~ bergamabar dengan kereta Ferrari and motor idaman aku iaitu superbike, hahahaha~. Lepas berpossing-possing, kami singgah tengok-tengok baju. Ingat nak beli, tiba-tiba teringat pesanan emak,”afif, berjimat la sikit, jangan dok membazir sangat, baju dah banyak” terus tak jadi beli lagi. Hahaha~. Kami terus belah dari situ. 



Destinasi seterusnya ialah menara yg ke-9 tertinggi di asia tenggara iaitu Menara Alor Setar. Kami pergi menara bukan buat apa pon, tak naik pon. Saja lepak-lepak, ambil angin, hehehe~. Di menara itu pon possing-possing juga, tapi tak banyak, sikit-sikit sahaja, hahaha~. Tengok gambar di bawah ini. Lepas itu kami belah dari situ. 


Aku dengan Fazran berpisah dengan Si Faris sebab jalan pulang tak sehaluan. Sebelum balik kami singgah di tempat ini,tengok gmabar di bawah, tempat apa entah?? Aku pon tak tau, hahaha~. Lepas ambil gambar di tmpat ini kami teruskan perjalanan pulang kami. Dalam perjalanan, tiba-tiba Fazran ajak aku makan di kedai makan tepi jalan yang bersebelahan dengan Istana Anak Bukit. Kedai makan itu tak salah aku namanya Nasi Royale. Sedap juga makanan di situ, hahahah~. Lepas makan kami pon berangkat pulang. 


Sebelum kami pulang, kami tangkap gambar cahaua lampu-lampu yang berwarna-warni di hadapan Istana Anak Bukit. Cantik macam di Seri Iskandar, hahahaha~. Lepas bergambar, kami pon balik. 


Itu sahaja cerita yang dapat aku menceritakannya. Yang baik semuanya datang dari Tuhan, dan yang buruk adalah kelemahan diri aku sendiri. Cerita yang ringkas hanya sekadar hiburan. Trima kasih kerana sudi membacanya. Assalamualaikum….

Sunday, 24 April 2011

Kisah benar ini berlaku di US.

     Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang mulia.

     Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

     Disebabkan hari yang agak sudah lewat, dia berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

     Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

     Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

     Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

     Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

     Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

     Dia pun tanya perogol itu...

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

     Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

     Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

Semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Monday, 18 April 2011

10 Petanda Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
 Gunakan seluruh pancaindera
 Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
 Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
 Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
 Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
 Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
 Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
 Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
 Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
 Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

 8.Tampilkan kelemahan
 Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
 Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
 Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.