Tuesday, 14 June 2011

Perjalanan Yang Tak Dirancang....

Tiga orang sahabat seperti cerita bujang lapok; Ramlee, Sudin dan Ajis. Tapi ini bukan bujang lapok, ini bujang senang. Mengapa aku berkata seperti bujang lapok? Ini sebabnya, saiz badan kami seperti pelakon bujang lapok. Badan Hamid seperti Ramlee yang mempunyai tubuh badan yang besar, Sudin ialah Syafiq,badanya yang kurus dan Ajis adalah aku sendiri. Hahaha….

Hari itu hari Jumaat, 3 Jun 2011. Jam menandakan tepat pukul 3.30 petang. Hamid pergi mengambil kereta yang disewanya. Aku dengan Syafiq menunggu di luar kampus. Kami bermulanya merancang untuk mengambil “awek” Hamid di Matrikulasi Perak. Dia nak hantar aweknya ke Terminal Bas Gopeng. Hahaha… Jam menunjukkan pukul 3.45 petang, Hamid datang mengambil aku dengan Syafiq di kampus.

Sebelum bertolak ke Ipoh, aku mengajak Hamid singgah di Bandar U (Bank Islam) dulu sebab aku ingin menyelesaikan segala pembayaran pengajian dan kolej aku. So, kitaorang bergerak ke Bandar U. Perjalanan dari kampus ke Bandar U sebenarnya aku yang drive (saja nak bagi tahu). Haha… Aku drive pon saja nak belajar, bukan ad lessen pon, L saja. Tibanya kami di Bandar U, aku terus masuk bank and buat pembayaran. Agak lama juga, sebab ramai orang. Diaorang semua ada yang nak buat kad ATM dan pembayaran juga.

Jam sudah menunjukan pukul 4.30 petang, agak terlambat juga kami nak ke Gopeng. Tapi tak mengapa, kami teruskan perjalanan kami. Kami terus bergerak ke Matrikulasi Ipoh mengikut apa yang dirancang. Setelah tiba di sana, makwe Si Hamid ini pon telah menunggu kami sekian lama. Hamid menjemputnya dan kami terus gerak ke Terminal Bas Gopeng. Makwe Si Hamid ini ambil tiket jam 7.00 malam. Dia nak balik Selayang. So, kami terpaksa tunggu sampai bas tersebut bertolak.

Dalam masa itu juga fikiran kami terlintas untuk bermalam di rumah Syafiq. So, Syafiq pon bersetuju dan kami membuat keputusan untuk ke Taiping malam itu juga. Setelas bas bertolak, kami pon berangkat dari situ. Kami pulang ke kampus untuk mengambil pakaian kami dan mengurus diri seperti mandi, solat dan buat lah apa-apa yang patut sebelum bertolak. Hehe… Kami tiba di kampus kira–kira jam 8.45 malam. Jadi, aku setkan masa pukul 9.30 malam kita keluar tapi, biasa lar kan orang melayu.

Jam menandakan pukul 9.45 malam. Kami pon keluar kampus dengan membawa pakaian masing-masing. Lebih kurang pukul 10.00 malam kami pon terus bertolak ke Taiping. Perjalanan kami lancar Cuma laluan kami itu agak sunyi sebab itu jalan kampong. Lampu jalan pon tak ada. Kiri kanan kami dipenuhi pokok-pokok kelapa sawit dan jalannya seperti ular kena palu. Hehehe… Tapi Alhamdulillah kami selamat. Perjalanan dari  Seri Iskandar ke Taiping di pandu oleh Hamid.

Kami tiba di rumah Syafiq lebih kurang pukul 12.00 pagi. Kami disambut oleh family Syafiq dengan hati yang terbuka. Aku dengan Hamid segan silu sebab tengah-tengah malam buta datang rumah orang. Tapi setelah dijemput masuk kami pon masuklah. Tunggu apa lagikan. Kami kemaskan diri sebelum tidur. Tempat tidur pon telah disediakan. Terima kasih kepada Pakcik Zainal iaitu ayah Syafiq sebab sediakan tempat untuk kami bermalam. Sebelum tidur kami merancang untuk aktiviti esok pagi. Setelah merancang, kami pon terus tidur keletihan.

Kami merancang mulanya mahu keluar rumah pukul 8.00 , 9.00 pagi tapi itu hanya rancangan kami, tuhan yang menetukan segala-galanya. Jam tepat pukul 10.00 pagi, aku baru terjaga dari tidur. Hahaha, Hamid dan Syafiq masih lagi dibuai mimpi. Setelah beberapa minit selepas itu, mereka pon terjaga dari tidur. Kami dipanggil untuk sarapan. Sebelum sarapan kami siapkan diri dulu. Kami disediakan roti canai dan pisang goreng. Dah lama x makan roti canai. Haha, terima kasih kepada parents Syafiq sebab sediakan sarapan untuk kami.

Jam telah menenjukkann pukul 10.45 pagi. So, kami pon mulakan aktiviti kami. Kami menuju ke kenderaan dan terus pergi. Kenderaan tersebut dipandu oleh Hamid. Destinasi kami adalah ke swimming pool yang berada berdekatan dengan Bukit Larut. Bayaran masuk adalah RM2 seorang. Kami tak fikir apa lagi kerana terlalu exited terus membayar dan masuk ke dalam. Kami salin pakaian kami dan terus terjun ke dalam kolam. Hahaha!! 



Setelah sejam berkubang di dalam kolam kami pon membuat keputusan untuk beredar dari situ. Jam pon telah menenjukkan lebih kurang pukul 12.00 t/hari, kami pon bersihkan diri dan tukar pakaian. Setelah itu kami pon keluar dari pintu swimming pool dan menuju ke kereta. Destinasi kami seterusnya adalah ke Taiping Sentral. Sepanjang Perjalan di Taiping dipandu oleh aku yang  hanya ingin belajar. Hehehe.

Kami pergi Taiping Sentral mulanya hanya nak mencuci mata saja. Saja nak survey harga. Hahaha, daripada kami berjalan-jalan melihat barang, tetiba terlintas difikiran aku untuk berkaraoke. Aku pon mengajak Hamid dan Syafiq untuk berkaraoke. Jadi, diaorang pon setuju. Hahaha. Kami membayar 2 ringgit seorang untuk 2 lagu setiap seorang. First lagu aku yang nyanyi. Hahaha, mengarut, rosak lagu tersebut. Seterusnya Syafiq and last Hamid. Lagu yang dipilih aku adalah: Terharu – Jamal Abdillah dan Pesanan Buat Kekasih – Spring; Syafiq: Cinta Ini Membunuhku – D’masive Dan Butakah Cinta – Spring; Hamid: Tragedy Oktober – Awie Dan Sampai Hati – Spring. Semuanya berjalan dengan lancar. Nyanyian kami like a superstar. Hahahaha!!!!


         Setelah beberapa minit melalak kami pon pulang. Kami menuju ke rumah Syafiq untuk mengemas barang dan bersiap untuk pulang ke Seri Iskandar. Di rumah Syafiq, kami solat zohor dahulu sebelum bertolak. Sebelum kami keluar, kami besalaman dengan ayah Syafiq dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menumpangkan kami untuk bermalam. Sesudah itu. Kami pon pulang ke Seri Iskandar. Perjalanan kami lancar dan tiada apa – apa yang berlaku. Alhamdulillah.

       Ini sahaja cerita perjalanan kami. Minta maaf jika cerita ini membosankan. Akhir sekali terima kasih kepada Pak cik Zainal dan sekeluarga kerana melayan kami dengan baik sekali dan terima kasih juga kepada rakan – rakan seperjuangan aku iaitu Syafiq Dan Hamid. Sekian….=’)

No comments:

Post a Comment