
Benar atau tidak berkahwin muda selalunya tidak akan
berkekalan sehingga ke hari tua ? Pelbagai andaian yang dibuat hingga
menyebabkan golongan remaja takut untuk mendirikan rumahtangga di usia muda.
Namun, jika benarlah anggapan itu, mengapa orang-orang ‘veteran’ masih boleh
bernafas sehingga kini, sedangkan hampir kesemuaan dari mereka berkahwin di
usia muda ? Berhenti berfikir benda yang negatif, mula fikir sesuatu yang
positif ayuh pelajari 5 benda yang harus kamu titik beratkan sekirannya kamu
mahu berkahwin di usia muda.
1. Berfikiran Matang
Kamu perlu menjadi seorang yang matang berfikir dan
rasional. Kamu tidak boleh berperangai seperti keanak-anakan dan terlalu
mentah. Sekirannya hubungan kamu sedang menghadapi masalah, kamu harus bijak
memikirkan jalan penyelesaian yang rasional.
2. Jangan Ada Rahsia
Hubungan yang baru setahun jagung amatlah rapuh dan mudah
runtuh, ini kerana adanya sikap ‘prasangka’. Jadi, elakan daripada berahsia
dengan pasangan kamu hingga menyebabkan si dia mula berprasangka dan curiga
dengan kamu.
3. Luangkan Waktu Bersama
Jika dahulunya perkataan ‘workaholic’ sangat sinonim
dengan kaum lelaki, kini perempuan juga tidak kurang hebatnya. Maka, tidak
hairanlah jika kamu berdua jarang bertemu muka hingga menyebabkan si dia dan
kamu tidak seintim dulu dan ia mula memberi kesan yang tidak baik pada hubungan
kamu. Oleh itu, apa kata luangkanlah masa yang terluang bersama-sama dengan
melalukan aktiviti yang berfaedah.
4. Buang Ego Yang Tinggi Melangit
Perasaan ego dan remaja tidak dapat dipisahkan seperti isi dan
kuku. Namun, dalam perhubungan perasaan ego harus di buang jauh apatah lagi
bila kamu berdua telah bergelar suami isteri. Apasalahnya bertolak ansur lah
sedikit.
5. Give and Take
Tidak dapat dinafikan lagi, ada juga hubungan yang goyang akibat
mereka tidak boleh menerima kelemahan pasangan mereka masing-masing. Mengapa
mesti begitu? Seharunya, kamu sebagai suami isteri yang muda harus menerima
kelemahan dan kekurangan pasangan kamu, kerana kamu perlu ingat, kamu juga
mempunyai kekurangan. Jadi belajarlah teknik ‘Give and Take’ untuk
menyelamatkan hubungan kamu berdua.
Oleh: LANY AZMAN
Tarikh: 26 November 2012
http://remaja.karangkraf.com/cinta-oh-cinta/kahwin-muda-apa-salahnya-1.107089
No comments:
Post a Comment